1. Untuk Diminum
KAEDAH PENYEDIAAN A
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman, (paling bagus rendam 2-6 jam aje agar
khasiatnya x berkurangan,tapi agak berbau sikit...)
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
(kalau nak keras mcm agar2 kurangkan sikit air)
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum ditapis & diletakkan ke dalam bekas, simpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah sisa dr tapisan tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker
Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)

KAEDAH PENYEDIAAN B
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng
6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais
Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu saja
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)
4. Jika masak kolagen tanpa mencampurkan dengan gula batu atau ginseng, boleh juga dijadikan sebagai masker
2. Untuk Buat Masker
Cara Membuat Masker :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci
- boleh buat rendam kaki lak utk hilangkan rekahan... pastu baru buang..
- sapu kat kepala, biar kering sebentar, bilas.. utk masalah kelemumur & rambut x berapa nak ada..
- sapu kat kulit tubuh ala2 lulur.. biar kering jap then bilas..

3. Untuk Buat Kerabu
Kerabu Rumpai Laut
Semangkuk sedang rumpai laut (yang sudah direndam lembut)(dibersihkan dan dipotong kasar)
5 sudu besar kelapa parut putih (lumatkan)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar (dipotong halus)
1 sudu kecil lada hitam
5 sudu besar kelapa goreng (dijadikan mcm kerisik)
Gaulkan semua bahan di atas bersekali dengan rumpai laut.
Boleh dihidangkan.

4. Untuk Masakan
Cencaru Sumbat Rumpai Laut
2 ekor ikan cencaru besar Serbuk kunyit Garam 3 sudu besar cili kisar 10 gm rumpai laut (direndam) | 1 ulas bawang putih (ditumbuk) 2 ulas bawang merah (ditumbuk) Ikan bilis (ditumbuk) Daun pandan |
1.Belah belakang ikan cencaru tetapi jangan sampai putus.
2.Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
3.Sediakan bekas, campurkan cili kisar, rumpai laut, bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
4.Sumbatkan kesemua bahan tadi ke dalam belahan belakang ikan.
5.Balut ikan dengan daun pandan. Panaskan ketuhar dan bakar ikan hingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan